HUBUNGI KAMI


NAMA ANDA
EMAIL ANDA
KONGSI GAMBAR & LAIN-LAIN
MESEJ ANDA
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Panduan Tips Keselamatan Jalan Raya

Sempena hari lebaran, ramai yang akan pulang ke kampung berhari raya. Di sini saya nak berkongsi tips keselamatan jalan raya..Maklumlah bila tiba hari perayaan, banyak kenderaan di jalan raya. Ingat lah orang yang tersayang...

Baca la tips ni ya...

8 Petua Keselamatan Jalan Raya

1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

2 Komen Anda:

suksisuitm said...

salam...
blog skuad 6 suksis uitm telah diwujudkan.
diharap dapat dilinkkan pada blog suksis USM..
tq...

suksisuitm said...

salam...
blog skuad 6 suksis uitm telah diwujudkan.
diharap dapat dilinkkan pada blog suksis USM..
tq...

Post a Comment