SHAH ALAM 9 Jan. - Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar mahu mengubah pendekatan universiti itu dengan melahirkan lebih ramai majikan daripada hanya menghasilkan pekerja.
Buat masa ini, UiTM memang terkenal kerana menghasilkan graduan yang memenuhi keperluan pasaran pekerjaan tetapi bagi menghadapi cabaran globalisasi, universiti difikirkan perlu naik setakuk lagi iaitu dengan melahirkan lebih ramai lagi majikan, katanya selepas merasmikan seminar sehari "Malaysia di Persimpangan" di sini, hari ini.
Sebagai contoh, katanya, untuk menjadikan seorang jurutera berkecimpung dalam perniagaan, seseorang graduan seharusnya mengambil kursus Sarjana Dalam Pengurusan Perniagaan (MBA).
Bukan itu sahaja, Dr. Sahol Hamid berkata, para graduan UiTM mungkin digalakkan mengikuti kursus keusahawanan selain daripada kursus asal bagi mendidik mereka mengenai asas-asas perniagaan.
Beliau juga berkata, para pelajar UiTM juga digalakkan mengikuti pengajian bahasa Mandarin kerana selain meningkatkan kefahaman mereka terhadap bahasa Cina mereka juga mampu memahami kebudayaan orang Cina.
Dr. Sahol Hamid yang berasal dari Pulau Pinang berkata, beliau sendiri boleh bertutur Bahasa Cina dalam loghat Kantonis dan Hokkien hasil pergaulan beliau dengan rakan-rakan daripada kaum Cina sejak daripada kecil berikutan hubungan beliau dengan rakan-rakan Cinanya itu masih lagi rapat.
Mengenai seminar pada hari ini, beliau berkata, ia dianjurkan supaya ada perbincangan di antara pelbagai pihak mengenai masa depan negara dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menangani masalah di dalam bidang politik, ekonomi dan pendidikan.
Antara topik yang dibincangkan ialah mengenai perkembangan demokrasi di Malaysia, institusi perundangan dan Perlembagaan Negara, peranan Pasukan Keselamatan dalam memelihara pencapaian negara dan melihat kembali kedudukan dasar-dasar politik dan sosio-ekonomi negara.
Seminar sehari itu dianjurkan oleh Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi UiTM. — BERNAMA
JOM SEMBANG
Category
- Artikel (1)
- Lirik Lagu PDRM (4)
- MUSIC (2)
- PERKHEMAHAN TAHUNAN (2)
- PICTURES (6)
- SKUAD 1 (1)
- SKUAD 2 (1)
- Sukan (1)
- UiTM (2)
PEGAWAI DAN JURULATIH KOR SUKSIS UITM MALAYSIA SHAH ALAM
PEGAWAI SUKARELAWAN POLIS UITM
SYARAT-SYARAT LANTIKAN KE KOR SUKSIS DI IPTA
SYARAT PERMOHONAN
Bagi menyertai pasukan ini, seseorang pemohon itu perlulah memenuhi syarat-syarat berikut :-
1. TARAF KEWARGANEGARAAN :
Bagi menyertai pasukan ini, seseorang pemohon itu perlulah memenuhi syarat-syarat berikut :-
1. TARAF KEWARGANEGARAAN :
Warganegara Malaysia
2. UMUR :
Tidak kurang daripada 18 tahun.
3. UKURAN BADAN :a)Lelaki - Tinggi 162cm (5' 4"). Lilitan dada 81cm/86cm (32"/34"). Berat badan 48kg.
b)Wanita - Tinggi 152cm (5'). Berat badan 43kg.
4. PENGLIHATAN & PENDENGARAN :
Mempunyai penglihatan biasa dan pendengaran yang baik.
5.KELAYAKAN :
• Sesi pengambilan tahun pertama bulan Julai (sem. 1) dan
• Tidak kurang 3 tahun (6 sem.).
Anggota Kor SUKSIS akan mendapat insentif seperti berikut :
1. Pakaian seragam polis percuma
2.Elaun kehadiran/tugas
3. Kemudahan menduduki asrama Ipta
4.Peluang kerjaya dalam PDRM
2.Elaun kehadiran/tugas
3. Kemudahan menduduki asrama Ipta
4.Peluang kerjaya dalam PDRM
About Me
HUBUNGI KAMI
Showing posts with label UiTM. Show all posts
Showing posts with label UiTM. Show all posts
UiTM Perkenal 200 Program Baru Termasuk Detektif Perubatan

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan memperkenalkan 200 program baru di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda termasuklah kursus-kursus yang tidak pernah ditawarkan oleh mana-mana universiti awam tempatan seperti detektif perubatan (medical detective) dan program ijazah berkembar.
Naib Canselornya, Datuk Profesor Ir. Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, beberapa program itu seperti program detektif perubatan akan mula ditawarkan pada pengambilan Jun/Julai tahun ini.
"Kita akan memperkenalkan lebih 200 kursus baru termasuk program detektif perubatan. Perkara ini telah saya maklumkan kepada jawatankuasa eksekutif UiTM pada hari pertama saya memulakan tugas.
"Para pensyarah dan pegawai universiti bertanya tidakkah langkah ini terlalu drastik, tapi saya jawab bukan drastik cuma deras sikit...," katanya sambil tersenyum dalam satu temuramah eksklusif dengan mStar Online hari ini.
Beliau menambah, sekiranya universiti masih mengekalkan kursus-kursus yang sedia ada tanpa sebarang perubahan mereka tidak akan dapat mengejar perubahan yang pantas berlaku dalam industri.
"Tapi kalau kita masih di takuk yang lama, kita tak akan capai apa yang kita nak," katanya lagi.
Ditanya sama ada UiTM bersedia dari segi prasarana dan tenaga pengajar bagi memenuhi keperluan tersebut, beliau berkata: "Perkara ini tak susah, kita memang ada fasiliti yang cukup.
"Sebagai contoh bagi program detektif perubatan, kita boleh mendapatkan tenaga pengajar dan pakar-pakar forensik terkenal dari luar negara.
"Dari segi masa pun kita tak ada masalah kerana pada tahun pertama pelajar akan belajar subjek sains tulen dahulu, jadi dalam tempoh setahun kita sudah boleh siapkan keperluan ini semua. Kita tak perlu tunggu semua siap baru tawar program," katanya.
Antara program baru lain yang akan ditawarkan ialah kewartawanan penyiaran, majalah, surat khabar dan kewartawanan media baru (online); sistem komunikasi digital; ekonomi forensik; sains analitikal dan farmaseutikal serta teknologi nuklear.
Prof Dr Sahol dilantik menjadi Naib Canselor UiTM yang baru berkuat kuasa 1 Januari menggantikan Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah yang telah tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember lalu setelah berkhidmat hampir 10 tahun.
Beliau juga pernah menjadi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik UiTM (2004-2007) sebelum dilantik sebagai Pengarah Pejabat Pengurusan Program Kementerian Pengajian Tinggi pada Januari 2008.
Selain itu, mengulas mengenai program ijazah berkembar pula, beliau berkata perkara itu adalah bagi memastikan graduan UiTM menjadi pilihan utama pihak industri.
"Contohnya program perakaunan dan undang-undang, kejuruteraan dan senibina boleh dikombinasikan menjadi ijazah berkembar ataupun kombinasi di antara kewangan dan undang-undang.
"UiTM mampu melakukannya kerana kita sudah mempunyai kurikulum asal, kita hanya perlu cantumkan program-program itu pada tahun ketiga atau keempat pengajian sebagai subjek elektif dan sudah pasti penambahan masa diperlukan bagi melengkapkannya mungkin dari tiga tahun kepada empat tahun bagi melayakkan mereka memperolehi ijazah berkembar," katanya.
Tambah Prof Dr Sahol, UiTM juga sedang merangka pelan bagi memastikan para pensyarahnya menerima latihan industri sebagai nilai tambah kepada pelajar.
Malah menurutnya, jalinan antara pihak industri dan UiTM juga akan dipertingkatkan dengan segera termasuk melibatkan pensyarah.
"Perubahan perlu berlaku, bukan sahaja bagi pelajar malah kepada pensyarah... saya akan usahakan supaya pensyarah UiTM diberi latihan industri dan mungkin ini akan menjadi salah satu kriteria untuk kenaikan pangkat.
"Mereka perlu mendapat pengalaman yang lebih luas. Bagi saya pensyarah kena ada pengalaman industri hanya dengan itu mereka akan menjadi guru yang baik dan dalam konteks ini saya akan bawa industri kepada UiTM dan banyak kerjasama akan dijalinkan antara UiTM dan industri," katanya.
sumber: mStar Online
Labels:
UiTM
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kepada Anggota Suksis yang ingin menghantar komen,artikel dan gambar-gambar berkaitan untuk dipaparkan di dalam blog ini,adalah dialu-alukan. Hantar email webmaster di ruang HUBUNGI KAMI atau di suksisuitm@gmail.com. Kerjasama anda adalah amat dihargai.
Berita Terkini
Komen Terkini.
RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN

