JOM SEMBANG
Category
- Artikel (1)
- Lirik Lagu PDRM (4)
- MUSIC (2)
- PERKHEMAHAN TAHUNAN (2)
- PICTURES (6)
- SKUAD 1 (1)
- SKUAD 2 (1)
- Sukan (1)
- UiTM (2)
PEGAWAI DAN JURULATIH KOR SUKSIS UITM MALAYSIA SHAH ALAM
PEGAWAI SUKARELAWAN POLIS UITM
SYARAT-SYARAT LANTIKAN KE KOR SUKSIS DI IPTA
SYARAT PERMOHONAN
Bagi menyertai pasukan ini, seseorang pemohon itu perlulah memenuhi syarat-syarat berikut :-
1. TARAF KEWARGANEGARAAN :
Bagi menyertai pasukan ini, seseorang pemohon itu perlulah memenuhi syarat-syarat berikut :-
1. TARAF KEWARGANEGARAAN :
Warganegara Malaysia
2. UMUR :
Tidak kurang daripada 18 tahun.
3. UKURAN BADAN :a)Lelaki - Tinggi 162cm (5' 4"). Lilitan dada 81cm/86cm (32"/34"). Berat badan 48kg.
b)Wanita - Tinggi 152cm (5'). Berat badan 43kg.
4. PENGLIHATAN & PENDENGARAN :
Mempunyai penglihatan biasa dan pendengaran yang baik.
5.KELAYAKAN :
• Sesi pengambilan tahun pertama bulan Julai (sem. 1) dan
• Tidak kurang 3 tahun (6 sem.).
Anggota Kor SUKSIS akan mendapat insentif seperti berikut :
1. Pakaian seragam polis percuma
2.Elaun kehadiran/tugas
3. Kemudahan menduduki asrama Ipta
4.Peluang kerjaya dalam PDRM
2.Elaun kehadiran/tugas
3. Kemudahan menduduki asrama Ipta
4.Peluang kerjaya dalam PDRM
About Me
HUBUNGI KAMI
UiTM Perkenal 200 Program Baru Termasuk Detektif Perubatan
SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan memperkenalkan 200 program baru di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda termasuklah kursus-kursus yang tidak pernah ditawarkan oleh mana-mana universiti awam tempatan seperti detektif perubatan (medical detective) dan program ijazah berkembar.
Naib Canselornya, Datuk Profesor Ir. Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, beberapa program itu seperti program detektif perubatan akan mula ditawarkan pada pengambilan Jun/Julai tahun ini.
"Kita akan memperkenalkan lebih 200 kursus baru termasuk program detektif perubatan. Perkara ini telah saya maklumkan kepada jawatankuasa eksekutif UiTM pada hari pertama saya memulakan tugas.
"Para pensyarah dan pegawai universiti bertanya tidakkah langkah ini terlalu drastik, tapi saya jawab bukan drastik cuma deras sikit...," katanya sambil tersenyum dalam satu temuramah eksklusif dengan mStar Online hari ini.
Beliau menambah, sekiranya universiti masih mengekalkan kursus-kursus yang sedia ada tanpa sebarang perubahan mereka tidak akan dapat mengejar perubahan yang pantas berlaku dalam industri.
"Tapi kalau kita masih di takuk yang lama, kita tak akan capai apa yang kita nak," katanya lagi.
Ditanya sama ada UiTM bersedia dari segi prasarana dan tenaga pengajar bagi memenuhi keperluan tersebut, beliau berkata: "Perkara ini tak susah, kita memang ada fasiliti yang cukup.
"Sebagai contoh bagi program detektif perubatan, kita boleh mendapatkan tenaga pengajar dan pakar-pakar forensik terkenal dari luar negara.
"Dari segi masa pun kita tak ada masalah kerana pada tahun pertama pelajar akan belajar subjek sains tulen dahulu, jadi dalam tempoh setahun kita sudah boleh siapkan keperluan ini semua. Kita tak perlu tunggu semua siap baru tawar program," katanya.
Antara program baru lain yang akan ditawarkan ialah kewartawanan penyiaran, majalah, surat khabar dan kewartawanan media baru (online); sistem komunikasi digital; ekonomi forensik; sains analitikal dan farmaseutikal serta teknologi nuklear.
Prof Dr Sahol dilantik menjadi Naib Canselor UiTM yang baru berkuat kuasa 1 Januari menggantikan Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah yang telah tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember lalu setelah berkhidmat hampir 10 tahun.
Beliau juga pernah menjadi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik UiTM (2004-2007) sebelum dilantik sebagai Pengarah Pejabat Pengurusan Program Kementerian Pengajian Tinggi pada Januari 2008.
Selain itu, mengulas mengenai program ijazah berkembar pula, beliau berkata perkara itu adalah bagi memastikan graduan UiTM menjadi pilihan utama pihak industri.
"Contohnya program perakaunan dan undang-undang, kejuruteraan dan senibina boleh dikombinasikan menjadi ijazah berkembar ataupun kombinasi di antara kewangan dan undang-undang.
"UiTM mampu melakukannya kerana kita sudah mempunyai kurikulum asal, kita hanya perlu cantumkan program-program itu pada tahun ketiga atau keempat pengajian sebagai subjek elektif dan sudah pasti penambahan masa diperlukan bagi melengkapkannya mungkin dari tiga tahun kepada empat tahun bagi melayakkan mereka memperolehi ijazah berkembar," katanya.
Tambah Prof Dr Sahol, UiTM juga sedang merangka pelan bagi memastikan para pensyarahnya menerima latihan industri sebagai nilai tambah kepada pelajar.
Malah menurutnya, jalinan antara pihak industri dan UiTM juga akan dipertingkatkan dengan segera termasuk melibatkan pensyarah.
"Perubahan perlu berlaku, bukan sahaja bagi pelajar malah kepada pensyarah... saya akan usahakan supaya pensyarah UiTM diberi latihan industri dan mungkin ini akan menjadi salah satu kriteria untuk kenaikan pangkat.
"Mereka perlu mendapat pengalaman yang lebih luas. Bagi saya pensyarah kena ada pengalaman industri hanya dengan itu mereka akan menjadi guru yang baik dan dalam konteks ini saya akan bawa industri kepada UiTM dan banyak kerjasama akan dijalinkan antara UiTM dan industri," katanya.
sumber: mStar Online
Labels:
UiTM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kepada Anggota Suksis yang ingin menghantar komen,artikel dan gambar-gambar berkaitan untuk dipaparkan di dalam blog ini,adalah dialu-alukan. Hantar email webmaster di ruang HUBUNGI KAMI atau di suksisuitm@gmail.com. Kerjasama anda adalah amat dihargai.
Berita Terkini
Komen Terkini.
RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN
3 Komen Anda:
200 program baru..??
cukup2 la dengan program yg ade nie..
bkn nak kondem tapi uitm perlulah kejar kualiti dahulu...bukannya kuantiti..
lihat kembali pada setiap konvokesyen...beribu2 graduan akan muncul dengan pelbagai bidang yg kadang2 xmasuk akal dan perlu bersaing demi mendapatkan pekerjaan yg mana peluangnya sg2 kecil..
cuba lihat pada kursus ygakan diwujudkan seperti teknologi nuklear. graduan ini hanya diperlukan hanya seorang sahaja di setiap hospital. bayangkan andai setiap konvokesyen melahirkan graduan dalam bidang ini seramai 60 orang. jika untuk 3tahun? berapakah jumlah graduan yg dihasilkan? dan kemanakah mereka akan pergi?
peluang kecil, graduan ramai... akhirnya ape jd..?
rumus graduan :
penganggur = peluang kecil + graduan ramai sangat2.
kemudian, wajarkah gabungan bidang dilakukan...?
bukankah tindakan seperti ini sama sahaja dengan "gila kuasa"..?
pekerja yg ingin melakukan semua kerja di tempat kerjanya.
sama juga seperti gabungan bidang.
tujuannya untuk mendapatkan penguasaan pelbagai bidang.
bukankah ini dinamakan "tamak"..?
sikap ini mmg sudah lama wujud dalam bangsa melayu sejak dahulu lg.
dan sekarang kite masih buleh lihat.
contohnya dari tindakan inilah..
tidak perlu pelbagaikan bidang pengajian. ikut sahaja kata agama islam yg sudah sedia ada memberi kemudahan kepada umat islam.
fardhu kifayah.. xperlu nak lakukan semua perkara. cukup hanya kepada wakilnya..
hanya sekadar pandangan seorg mangsa akibat dari kebodohan bangsa sendiri.
Betol gak tu..idea yang sungguh bernas.
Saya amat setuju dengan cadangan NC baru UiTM...pendekatan NC memperlihatkan beliau adalah seorang yg BERIMAN....
Saudara yang mengutarakan komen membantah idea NC perlulah memikirkan tentang keperluan Umat Islam hari ini yg ternyata masih jauh ketinggalan...Tidakkah kita sedar bahawa menuntut Ilmu itu wajib bg umat Islam.
Kite perlu memikirkan kepada perluasan Ilmu yang juga adalah Jihat Umat Islam. Jangan disempitkan Ilmu itu kepada bidang pengkhususan. Tetapi mempelbagaikan Ilmu untuk dipelajari oleh setiap Graduan adalah wajar.
Graduan perlulah memikirkan tentang tujuan menuntut ilmu yg bukan hanya sebagai tiket mencari kerja, malah sebagai wadah pembangunan TAMADUN ISLAM. Sejak hampir 60 tahun Negara kita di sogok dengan gaya pemikiran dan pendidikan ala barat yg ternyata adalah landasan mereka menghancurkan Melayu dan Umat Islam. Ini ternyata dengan kegagalan system pendidikan terkini yang ternyata tidak mendidik para remaja.
Umat manusia sekalian, kembalilah kepada ajaran AL-QURAN...Ilmu yang kita dapati hari ini bukanlah ilmu tulen dari QALAM SANG KHALIQ...Tp adalah dakyah2 barat yang bertujuan menyesatkan umat manusia....
Insp SP...
Post a Comment