HUBUNGI KAMI


NAMA ANDA
EMAIL ANDA
KONGSI GAMBAR & LAIN-LAIN
MESEJ ANDA
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

UiTM mahu lahirkan ramai 'majikan'

SHAH ALAM 9 Jan. - Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar mahu mengubah pendekatan universiti itu dengan melahirkan lebih ramai majikan daripada hanya menghasilkan pekerja.
Buat masa ini, UiTM memang terkenal kerana menghasilkan graduan yang memenuhi keperluan pasaran pekerjaan tetapi bagi menghadapi cabaran globalisasi, universiti difikirkan perlu naik setakuk lagi iaitu dengan melahirkan lebih ramai lagi majikan, katanya selepas merasmikan seminar sehari "Malaysia di Persimpangan" di sini, hari ini.
Sebagai contoh, katanya, untuk menjadikan seorang jurutera berkecimpung dalam perniagaan, seseorang graduan seharusnya mengambil kursus Sarjana Dalam Pengurusan Perniagaan (MBA).
Bukan itu sahaja, Dr. Sahol Hamid berkata, para graduan UiTM mungkin digalakkan mengikuti kursus keusahawanan selain daripada kursus asal bagi mendidik mereka mengenai asas-asas perniagaan.
Beliau juga berkata, para pelajar UiTM juga digalakkan mengikuti pengajian bahasa Mandarin kerana selain meningkatkan kefahaman mereka terhadap bahasa Cina mereka juga mampu memahami kebudayaan orang Cina.
Dr. Sahol Hamid yang berasal dari Pulau Pinang berkata, beliau sendiri boleh bertutur Bahasa Cina dalam loghat Kantonis dan Hokkien hasil pergaulan beliau dengan rakan-rakan daripada kaum Cina sejak daripada kecil berikutan hubungan beliau dengan rakan-rakan Cinanya itu masih lagi rapat.
Mengenai seminar pada hari ini, beliau berkata, ia dianjurkan supaya ada perbincangan di antara pelbagai pihak mengenai masa depan negara dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menangani masalah di dalam bidang politik, ekonomi dan pendidikan.
Antara topik yang dibincangkan ialah mengenai perkembangan demokrasi di Malaysia, institusi perundangan dan Perlembagaan Negara, peranan Pasukan Keselamatan dalam memelihara pencapaian negara dan melihat kembali kedudukan dasar-dasar politik dan sosio-ekonomi negara.
Seminar sehari itu dianjurkan oleh Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi UiTM. — BERNAMA

0 Komen Anda:

Post a Comment