JOM SEMBANG
Category
- Artikel (1)
- Lirik Lagu PDRM (4)
- MUSIC (2)
- PERKHEMAHAN TAHUNAN (2)
- PICTURES (6)
- SKUAD 1 (1)
- SKUAD 2 (1)
- Sukan (1)
- UiTM (2)
PEGAWAI DAN JURULATIH KOR SUKSIS UITM MALAYSIA SHAH ALAM
PEGAWAI SUKARELAWAN POLIS UITM
SYARAT-SYARAT LANTIKAN KE KOR SUKSIS DI IPTA
SYARAT PERMOHONAN
Bagi menyertai pasukan ini, seseorang pemohon itu perlulah memenuhi syarat-syarat berikut :-
1. TARAF KEWARGANEGARAAN :
Bagi menyertai pasukan ini, seseorang pemohon itu perlulah memenuhi syarat-syarat berikut :-
1. TARAF KEWARGANEGARAAN :
Warganegara Malaysia
2. UMUR :
Tidak kurang daripada 18 tahun.
3. UKURAN BADAN :a)Lelaki - Tinggi 162cm (5' 4"). Lilitan dada 81cm/86cm (32"/34"). Berat badan 48kg.
b)Wanita - Tinggi 152cm (5'). Berat badan 43kg.
4. PENGLIHATAN & PENDENGARAN :
Mempunyai penglihatan biasa dan pendengaran yang baik.
5.KELAYAKAN :
• Sesi pengambilan tahun pertama bulan Julai (sem. 1) dan
• Tidak kurang 3 tahun (6 sem.).
Anggota Kor SUKSIS akan mendapat insentif seperti berikut :
1. Pakaian seragam polis percuma
2.Elaun kehadiran/tugas
3. Kemudahan menduduki asrama Ipta
4.Peluang kerjaya dalam PDRM
2.Elaun kehadiran/tugas
3. Kemudahan menduduki asrama Ipta
4.Peluang kerjaya dalam PDRM
About Me
HUBUNGI KAMI
Polis Disaran Guna Facebook Selesai Kes Jenayah
Sabtu Disember 19, 2009
PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dicadangkan supaya menggunakan khidmat laman web sosial 'facebook' sebagai alternatif dalam usaha untuk menyelesaikan kes-kes jenayah.
Ketua Makmal Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi mengurangkan jenayah, Abdul Aziz Md Noor berkata memandangkan laman web berkenaan kini diguna secara meluas sebagai medium perantara oleh masyarakat, ia dapat membantu pihakberkuasa keselamatan itu dalam memerangi jenayah.
"Sebelum ini kita menggunakan khidmat SMS melalui Rakan Cop tetapi dengan pendekatan baru ini, diharap kes-kes jenayah dapat diselesaikan dengan segera.
"Contohnya dengan memaparkan gambar suspek bagi satu-satu kes melalui facebook, secara tidak langsung orang awam dapat menyalurkan maklumat berkaitan kes itu kepada polis," katanya selepas membentangkan hasil makmal NKRA bagi mengurangkan jenayah pada Hari Terbuka Program Transformasi Kerajaan (GTP) di Pusat Konvensyen Sunway di sini semalam.
Selain dapat membantu polis, beliau berkata penggunaan laman web sosial itujuga dapat merapatkan hubungan antara PDRM dan masyarakat.
Abdul Aziz berkata orang awam juga boleh membuat sebarang laporan dan aduan berkaitan masalah jenayah kepada polis menerusi laman web itu.
"Masalah jenayah sukar dibendung secara bersendirian oleh polis tanpa bantuan dan sokongan masyarakat.
"Jika masyarakat bersama-sama membantu melaporkan apa sahaja kejadian jenayah kepada polis, kita percaya sasaran untuk mengurangkan jenayah menjelang akhir tahun depan akan dapat dicapai," katanya.
Dalam pembentangan itu juga, orang awam disarankan supaya mendaftar sebagai Rakan Cop bagi memudahkan polis memperoleh maklumat dengan cepat.
"Orang ramai tidak perlu lagi ke balai polis atau berjumpa dengan mana-manapegawai polis bagi menyalurkan maklumat...hanya guna SMS sahaja," kata Abdul Aziz.
Mengenai pembentangan hasil makmal NKRA itu, beliau berkata maklum balas daripada orang ramai berhubung perkara itu akan dibawa ke peringkat tertinggi untuk tindakan selanjutnya.
"Segala respons dan cadangan dari orang awam yang telah dikemukakan menerusiprogram yang diadakan ini, akan diserahkan ke Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) untuk diteliti," kata Abdul Aziz.
Sementara itu, seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Elsie,42, berkata beliau menyambut baik langkah kerajaan mengadakan program GTP itu.
"Daripada sini saya dapat lebih maklumat berkaitan jenayah. Selain itu saya juga berpeluang memberikan pandangan agar pihak berkuasa terutama polis lebih peka terhadap tugas-tugas mereka dalam membantu masyarakat menangani jenayah," katanya.
Seorang lagi pengunjung, Ismail Mohamad, 50-an, pula berkata sebagai sebuah badan yang menjaga keselamatan dan ketenteraman rakyat, PDRM seharusnya bertindak dengan lebih cekap dan cepat dalam menyelesaikan kes-kes jenayah.
"Untuk masa-masa akan datang, sebolehnya kita tidak mahu kes-kes yang diadukan kepada polis mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Jika ini masih berlaku sedikit-sebanyak ia mencalarkan imej PDRM itu sendiri," kata Ismail. BERNAMA
Sumber berita dari http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/12/19/mstar_berita/20091218185512&sec=mstar_berita dan http://www.rotikaya.com/polis-malaysia-disaran-guna-facebook-selesaikan-jenayah/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kepada Anggota Suksis yang ingin menghantar komen,artikel dan gambar-gambar berkaitan untuk dipaparkan di dalam blog ini,adalah dialu-alukan. Hantar email webmaster di ruang HUBUNGI KAMI atau di suksisuitm@gmail.com. Kerjasama anda adalah amat dihargai.
Berita Terkini
Komen Terkini.
RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN
0 Komen Anda:
Post a Comment