HUBUNGI KAMI


NAMA ANDA
EMAIL ANDA
KONGSI GAMBAR & LAIN-LAIN
MESEJ ANDA
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

PERKHEMAHAN TAHUNAN KOR SUKSIS UITM MALAYSIA SHAH ALAM 2009/2010

Salam hormat kepada semua anggota kor suksis, selesai sudah annual camping kita pada kali ini, kepada semua yang terlibat diucapkan ribuan terima kasih di atas segala kerjasama yang diberikan. Diharapkan segala kerjasama dan perpaduan yang di pupuk tidak akan hilang begitu sahaja dan kekalkan apa yang di miliki sekarang hingga tamat latihan. Tahniah kepada pemenang2 pertandingan yang dijalankan. Tidak lupa pada pegawai penyelaras dan pegawai latihan 1,jurulatih2 kor, anggota2 Pdrm yang membantu ,pegawai perhutan En. Shokori dan anggota beliau yang sungguh mesra. Mereka ini banyak membantu dan sanggup bermalam bersama kami semua bagi memastikan semua berjalan dengan lancar dan pada pegawai sukarelawan polis terutama sekali Tuan zool,Puan Nik dan Puan Katrina yang sudi datang walaupun sudah berkerja. Jutaan terima kasih pada mereka yang terlibat secara langsung menjayakan perkhemahan pada kali ini.
Dibawah ini sedikit info tentang perkhemahan tahunan kali ini.

PERKHEMAHAN TAHUNAN KOR SUKSIS UITM MALAYSIA 2009/2010

Perkhemahan tahunan kali ini telah diadakan di kawasan tapak perkhemahan Hutan Lipur Lata Jarum Ulu Dong Raub, Pahang. Perkhemahan ini telah bermula pada 28hb Disember 2009 hingga 2hb Januari 2010. Seramai (112 orang) anggota Kor Suksis telah mengambil bahagian dalam perkhemahan kali ini yang turut disertai 8 orang pegawai dan 20 anggota. Perkhemahan ini dianjurkan dalam beberapa bentuk pertandingan yang diadili oleh jurulatih daripada anggota Cawangan Latihan Batalion 4 Pasukan Gerakan Am Cheras Kuala Lumpur. Antara pertandingan yang diadakan adalah seperti berikut:

Pertandingan Kawad Kaki
Pertandingan ini diadakan pada 29hb Disember 2009 pada jam 2.30 petang. Pertandingan kawad kaki ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu kumpulan dan individu. Pertandingan tersebut telah diadili oleh 2 orang jurulatih dari PGA Batalion 4 iaitu SM Mohd Anuar dan Kpl Mohd Isa.. Terdapat( 9 buah kumpulan) telah mengambil bahagian dalam acara berkumpulan manakala (9 orang) dalam acara individu. Berikut adalah keputusan pertandingan:

Kumpulan:

PEMENANG KUMPULAN
PERTAMA BERLIAN
KEDUA NIBONG
KETIGA CENDANA

Individu :

KS 44276 Mohd Fuad Bin Ramlan (CENDANA)

Pertandingan Pasak Bumi
Pertandingan ini diadakan pada 30hb Disember 2009 bermula seawal jam 8 pagi di kawasan sekitar Kampung Ulu Dong. Pertandingan ini diadakan secara berkumpulan yang disertai (9) buah kumpulan. Terdapat 10 check point yang meliputi jarak sejauh 5.5km yang perlu dilalui oleh peserta. Kawasan yang dilalui oleh peserta merangkumi kawasan kampung, bukit, ladang getah dan sekitar kawasan Lata Jarum. Markah diambil berdasarkan masa yang diambil oleh semua ahli kumpulan untuk sampai di check point terakhir.
Berikut adalah keputusan pertandingan:

PEMENANG KUMPULAN

PERTAMA TUALANG
KEDUA NIBONG
KETIGA KEMUNING

Pertandingan Ronda Pandu Arah
Pertandingan ini diadakan pada 31hb Disember 2009 bermula seawal jam 8 pagi. Pertandingan ini telah dikendalikan oleh para jurulatih dari PGA Batalion 4. Setiap kumpulan dikehendaki mencari 5 plat yang telah disediakan menggunakan kompas. Setiap plat mengandungi 1 perkataan dan mereka perlu mencari kelima-lima plat yang tepat untuk melengkapkan 1 ayat yang telah ditetapkan oleh pihak jurulatih PGA. Pertandingan dijalankan di sekitar tapak perkhemahan. Berikut adalah keputusan pertandingan:

PEMENANG KUMPULAN

PERTAMA TUALANG
KEDUA GAHARU
KETIGA MALAU


Pertandingan Sukan Minda
Pertandingan ini diadakan pada 31hb Disember 2009 bermula jam 2.30 petang yang diadakan disekitar tapak perkhemahan. Pertandingan ini telah dikendalikan oleh Kpl Aswadi dan Kpl Norhisham serta dibantu oleh semua staff Kor Suksis dan jurulatih PGA. Terdapat 9 permainan yang perlu dilalui oleh kesemua kumpulan. Pertandingan ini dijalankan secara serentak untuk semua permainan dan setiap kumpulan hanya diberi selama 10 minit, untuk melengkapkan setiap permainan. Antara permainan yang perlu dilalui oleh peserta ialah Save the Bomb, Collect the Bomb, Magic Carpet, Underwater Tower, Solve the Mystery, Puncit Drum, The Cactus, Acid River dan Spider Web. Pemenang pertandingan ini akan dikira mengikut jumlah point untuk semua permainan.
Berikut adalah keputusan pertandingan:

PEMENANG KUMPULAN

PERTAMA BAKAU
KEDUA MALAU
KETIGA TUALANG


Pertandingan Memasak
Pertandingan ini diadakan pada 1hb Januari 2010 tepat jam 3.30 petang di kawasan sekitar tapak perkhemahan. Pertandingan ini telah dikendalikan oleh Kpl Aswadi. Setiap kumpulan diminta menyediakan 3 hidangan wajib iaitu nasi, lauk ayam dan sayur kubis menggunakan kreativiti mereka sendiri. Selain itu, mereka juga dibenarkan untuk menggunakan resen. Pertandingan tersebut telah diadili oleh 2 orang jurulatih dari PGA Batalion 4 iaitu Kpl Norhisham dan Kpl Rustam serta 3 orang pegawai Kor Suksis iaitu Ins/SP Noor Fathiyah, Ins/SP Katrina dan Ins/SP Nur Fauzani. Markah diambil berdasarkan 4 aspek iaitu penyediaan, citarasa, hiasan dan kreativiti. Berikut adalah keputusan pertandingan:

PEMENANG KUMPULAN

PERTAMA KEMUNING
KEDUA BAKAU
KETIGA GAHARU

Juara Keseluruhan:
KUMPULAN TUALANG

Selain daripada acara-acara pertandingan, beberapa aktiviti-aktiviti lain telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan antaranya majlis bacaan yasin dan tahlil bersama penduduk kampung Ulu Dong, ceramah agama yang disampaikan oleh pegawai BAKA, lawatan ke muzium Lurah Bilut, gemparan am, dan lawatan ke tapak tumbuhan bunga Rafflesia.

ULASAN
Semua aktiviti sepanjang perkhemahan pada kali ini dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Para anggota Kor Suksis mendapat banyak input –input semasa berkenaan PDRM. Pembentukan kumpulan yang telah menggabungkan semua anggota Kor Suksis tidak kira senioriti dapat mengeratkan lagi perhubungan sesama anggota. Bantuan daripada unit komunikasi, kenderaan, Pihak PGA batalion 4, jabatan perhutanan negeri Pahang, ketua polis daerah Raub, jabatan bekalan air negeri Pahang, penghulu dan jkk kampung Ulu Dong yang telah banyak membantu pihak pentadbiran bagi melancarkan lagi perjalanan aktiviti perkhemahan pada kali ini.

PENUTUP
Secara keseluruhannya, program ini amat baik dan mendatangkan banyak kesan positif di samping menambah ilmu-ilmu kepolisian kepada semua anggota kor suksis. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan antara anggota, jurulatih dan masyarakat setempat. Diharap, program ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.

P/S Gambar nanti ye..tunggu diorang upload kat facebook hehehe..

1 Komen Anda:

suksisuitm said...

Perkhemahan tahunan kali ini sungguh mencabar dan menarik

Post a Comment