HUBUNGI KAMI


NAMA ANDA
EMAIL ANDA
KONGSI GAMBAR & LAIN-LAIN
MESEJ ANDA
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

SUKAN INTER SUKSIS DITANGGUHKAN?

Mesyuarat bersama En. Aswadi semalam berlangsung hampir 2 jam membincangkan perkara-perkara yang berkaitan sukan Inter suksis. Diantara yang menarik perhatian saya adalah sukan inter suksis yang telah ditetapkan pada 30 dan 31 hb 1 telah ditangguhkan. Walaupun surat hitam putih belum dikeluarkan lagi, khabar angin mengatakan pihak Kementerian Pengajian Tinggi telah memotong bajet tahunan bagi semua Universiti awam pada tahun ini. Jadi pihak di sana terpaksa menstruktur semula belanjawan mereka. Dalam masa terdekat, satu mesyuarat untuk semua Universiti yang terlibat akan diadakan.Kemungkinan besar sukan ini akan dijalankan pada bulan 3 sebelum peperiksaan. Untuk anggota Kor , jangan kita patah semangat dengan perkara ini. Perkara seperti ini sememangnya tidak dapat dielakkan memandangkan keadaan ekonomi Malaysia pada ketika ini. Kita seharusnya faham dan mengambil langkah yang lebih proaktif dalam memajukan sukan kita sendiri. Untuk pengetahuan semua, satu cadangan sedang diusahakan bagi menaikan motivasi,semangat diantara pemain. Satu perlawanan persahabatan diantara palapes mungkin akan diadakan pada 30 hb 1 ini. Kertas kerja dan surat sedang diusahakan oleh pihak pengurusan. Oleh itu, teruskan usaha anda memartabatkan sukan suksis dan jadikan friendly game ini sebagai penanda aras untuk sukan masing-masing. Jadi nantikan berita terkini. Sebarang komen, cadangan amatlah dialu-alukan. Sekian terima kasih.

0 Komen Anda:

Post a Comment